: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   




























Kemaskini Terakhir
Pada
01 OGOS 2018

Koperasi Tentera melawat keluarga Allahyarham Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan

13 Ogos 2018 – Wakil Koperasi Tentera (KT) telah melawat keluarga Allahyarham Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan di kediaman keluarga beliau di kem KEMENTAH, Kuala Lumpur pada Khamis, 2 Ogos 2018. Allahyarham telah menjadi anggota KT selama 36 tahun semenjak tahun 1982 sehingga meninggal dunia pada 14 Julai 2018 yang lalu akibat kanser kolon.

[Maklumat lanjut...]

ANGGOTA TUDM MENANG MOTOSIKAL HONDA WAVE ALPHA SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KT KE-53

31 Julai 2018 – Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan satu sesi penyerahan hadiah utama cabutan bertuah bersempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke-53 di Wisma KT.

Hadiah utama berupa sebuah motosikal jenis Honda Wave Alpha telah diserahkan oleh Setiausaha Kehormat KT, En Mustapha Bin A Jalil kepada Koperal Udara Muhammad Dzul Fahmi Bin Jaafar. Pemenang hadiah cabutan bertuah ini merupakan anggota tentera udara yang bertugas di Pejabat Rekod dan Dokumentasi, Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara.

[Maklumat lanjut...]

Koperasi Tentera melawat keluarga Allahyarham Laksamana Tan Sri Ilyas Bin Haji Din

20 Julai 2018 – Wakil Koperasi Tentera (KT) telah melawat keluarga Allahyarham Laksamana Tan Sri Ilyas bin Haji Din (Bersara) di kediaman keluarga beliau di Dato’ Keramat, Kuala Lumpur pada Khamis, 19 Julai 2018. Allahyarham telah menjadi anggota KT selama 40 tahun semenjak tahun 1978 sehingga meninggal dunia pada 6 Julai 2018 yang lalu akibat serangan jantung.

[Maklumat lanjut...]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI TENTERA KE-53

Kuala Lumpur, 15 Julai 2018 – Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi Tentera ke-53 di Dewan PERHEBAT Kem Sg Buloh, Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia diringi Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua KT. Turut mengiringi beliau adalah Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri Zulkiple Bin Haji Kassim, Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua; Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut merangkap Naib Yang Dipertua; Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Bin Haji Abdul Samad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara mewakili Panglima Tentera Udara dan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Deris bin Jusoh Timbalan Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

[Maklumat lanjut...]

KOPERASI TENTERA RASMI CAWANGAN BAHARU DI PORT DICKSON
Lokasi cawangan baharu strategik dan dilengkapi fasiliti yang lebih selesa


Port Dickson, 4 Julai 2018 – Koperasi Tentera (KT) hari ini telah merasmikan cawangan Koperasi Tentera yang baharu di Port Dickson. Premis ini telah mula beroperasi pada 8 Januari 2018 dan dilengkapi dengan ruangan kaunter pembiayaan serta simpanan yang lebih selesa untuk kemudahan anggota.

[Maklumat lanjut...]

KOPERASI TENTERA MELEBARKAN SAYAP KE TAWAU

Tawau, 3 Februari 2018 – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) telah merasmikan pembukaan cawangan terbaharunya di Tawau, Sabah. Cawangan yang kedua puluh empat (24) ini telah mula beroperasi pada 30 Oktober 2017 secara langsung membuka peluang perniagaan KT di Tawau dan daerah berdekatan.

[Maklumat lanjut...]


Pembiayaan
Insurans
Pendidikan
Sumbangan

Profil KT
KT Profile [Eng]
Personaliti
Mesej Pengerusi
Pelaburan
Kewangan
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca


Keanggotaan
    >> Senarai Semak
         Keanggotaan
    
>> Permohonan menjadi
         anggota

    >> Perlantikan penama/wasi
    >> Kemaskini Maklumat
         Anggota

    >> Slip Kemaskini Maklumat
         Anggota

    >> Borang Caruman/Pelarasan
    >> Borang Arahan Bayaran
         Baki Wang
         (Penamatan Anggota)

    >> Borang Arahan Bayaran
         Baki Wang
         (Tabung Kebajikan))

    >> Slip Kemaskini Maklumat
         Akaun Bank Anggota

Pembiayaan
    >> Berpenjamin/
            Tanpa Penjamin

    >> Yuran
    >> Ekspres
    >> Ekspres 2
    >> Borang Akuan DSR
    >> Borang deklarasi
        Pihak Berkaitan

    >> Borang Had Kelayakan
        Biro


Insurans
    >> Borang STBATM
    >> Borang Penamaan Waris
        STBATM

    >> Borang Tuntutan
        STBATM- Kecederaan

    >> Borang Tuntutan
        STBATM-Kematian Anak

    >> Borang Tuntutan
        STBATM-Kematian

    >> Borang Tuntutan
        Medic KT


Laporan Tahunan 2012
Laporan Tahunan 2013
Laporan Tahunan 2014
Laporan Tahunan 2015
Laporan Tahunan 2016
Laporan Tahunan 2017







 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.