: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Borang Online > Pembiayaan Yuran
 

NOTA : Sila Isikan Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi Konsep Bai Inah (CR) dan Borang Akad dan cetak. Anda boleh juga mencetak borang-borang ini dahulu dan kemudian mengisinya. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada Koperasi Tentera.

Borang Permohonan Pembiayaan Yuran

Syarat-Syarat Pembiayaan Yuran

  1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


    1. Telah genap enam ( 6 ) bulan menjadi anggota Koperasi Tentera dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh tersebut dan membayar fee masuk sebanyak RM10.00 dan syer berjumlah RM100.00.
    2. Telah genap dua belas ( 12 ) bulan menjadi anggota Koperasi bagi mereka yang menyertai semula sebagai anggota dan telah menjelaskan yuran bulanan untuk tempoh tersebut serta menjelaskan fee masuk sebanyak RM20.00 dan syer berjumlah RM100.00.

  1. HAD PEMBIAYAAN


  2. Tertakluk kepada sembilan puluh peratus ( 90% ) jumlah yuran terkumpul dan tidak melebihi RM 100,000.00. Walaubagaimanapun jumlah pembiayaan tertakluk kepada kedudukan gaji semasa dan tarikh tamat perkhidmatan serta syarat-syarat yang ditetapkan dari masa kesemasa.

  1. JAMINAN PEMBIAYAAN


  2. Wang yuran terkumpul akan dijadikan gadaian ( ArRahnu ). Pelarasan yuran akan dilakukan sekiranya tiada bayaran bulanan diterima selama 3 bulan berturut-turut. Keanggotaan akan diberhentikan dan baki yuran dikembalikan.

  1. KADAR KEUNTUNGAN


  2. Kadar keuntungan keatas Jualan Harga Tangguh akan disebut semasa akad jual beli adalah 5.5% setahun

  1. SKIM PERLINDUNGAN PEMBIAYAAN ( SPP )


  2. Pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran SPP sebanyak 0.15% setahun.

  1. BAYARAN PERKHIDMATAN


  2. Bayaran Caj Khidmat sebanyak RM 10.60 (pembiayaan baru) atau RM 53.00 (pembiayaan sambungan) serta SPP akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan sebelum bayaran pembiayaan baru dikeluarkan.

  1. TEMPOH BAYARAN


  2. Tempoh pembiayaan adalah tertakluk kepada tempoh perkhidmatan pemohon atau satu tempoh yang ditetapkan oleh Koperasi, dengan minima 6 bulan dan maksima 120 bulan.

  1. KUASA KEBENARAN ATAS PEMBIAYAAN


  2. Pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi bukanlah suatu hak tetapi hanyalah suatu kemudahan yang tertakluk kepada Aturan-Aturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa kemasa.

  1. YURAN BULANAN ( SETELAH PEMBIAYAAN DILULUSKAN )


    1. Pembiayaan hingga RM15,000.00 - yuran RM30.00 sebulan.
    2. Pembiayaan RM15,001.00 keatas - yuran RM40.00 sebulan.

  1. ANGGOTA LUAR KEMENTAH


  2. Kelayakan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan Anggota Luar KEMENTAH.

Nota

  1. Semua syarat-syarat diatas adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari masa kemasa.
  2. Tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair di atas borang permohonan








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.