: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
KOPERASI TENTERA RANGKUL ANUGERAH DI MAJLIS MALAM PERDANA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA 2016

KUALA LUMPUR, 11 November 2016 - Koperasi Tentera (KT) telah menerima Anugerah Koperasi Lestari Modal Insan: Kategori Koperasi Besar di Majlis Malam Perdana Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 2016 sempena Sambutan Ulang Tahunnya yang ke-60. Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

YBhg Dato' Basaruddin Sadali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mewakili YBhg Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama-sama YBhg Datuk Mohd Yusof bin Kasim, Pengerusi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia dan YBhg Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia telah menyampaikan anugerah tersebut kepada YBhg Mej. Jen. Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT diiringi oleh YBhg Brig. Jen. Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Anggota Lembaga Koperasi iaitu Lt. Kol. Hamidin bin Achin, Naib Pengerusi; Encik Mustapha bin A. Jalil, Setiausaha Kehormat; YBhg Mej. Jen Dato' Ahmad Tarmizi bin Elias, Puan Siti Normah binti Abdul Aziz, LT. Kol. Abdul Hadi bin Md Sharif, Encik Romzi bin Abdul Wahab, Pegawai Waren I; Puan Noor Afzan binti Mansor, Pegawai Waren I (YOS); Pengurusan KT dan kakitangan yang bertugas.












 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.