: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
AR-RAHNU KT KINI DIBUKA DI SUBANG PERDANA

Subang Perdana, 17 November 2015 - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini telah membuka cawangan Ar-Rahnu terbaharunya di Subang Perdana, Shah Alam, Selangor. Ini merupakan cawangan Ar-Rahnu Koperasi Tentera (Ar-Rahnu KT) yang kelima (5) selepas pembukaannya di Sungai Besi, Sungai Udang, Kluang dan Wangsa Maju.

Perkhidmatan Ar-Rahnu KT (Pajak Gadai) telah diperkenalkan oleh Koperasi Tentera bermula pada Julai 2012 yang bertujuan untuk menyediakan saluran pinjaman tunai segera berlandaskan Syariah kepada para pelanggannya. Ar-Rahnu KT turut menawarkan pinjaman sehingga 70 peratus dari nilai emas, upah simpan serendah 55 sen dan perkhidmatan cucian emas percuma.

Pembukaan Ar-Rahnu KT di Subang Perdana ini merupakan satu langkah strategik dalam memenuhi permintaan pasaran dan pelanggan Koperasi Tentera. Tambahan pula, lokasi cawangan Ar-Rahnu KT terbaharu ini terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan Subang Perdana dan berhampiran dengan pejabat cawangan Koperasi Tentera sedia anda.

Dengan pembukaan cawangan terbaharu ini pastinya dapat memenuhi permintaan pelanggan Koperasi Tentera terutamanya yang berada di sekitar Subang Perdana dan Shah Alam mendapatkan perkhidmatan pajak gadai Islam sekaligus mengukuhkan penjenamaan Ar-Rahnu KT di mata umum.

Sehingga kini, pelanggan Ar-Rahnu KT telah mencecah lebih daripada 5,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Koperasi Tentera dan juga orang awam termasuk pelanggan bukan beragama Islam. Para pelanggan boleh membuat urusan di Ar-Rahnu KT Subang Perdana pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Selain itu, hadiah yang menarik turut ditawarkan bagi pelanggan Ar-Rahnu KT Subang Perdana yang terawal. Tawaran ini sah sementara stok masih ada.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.