: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
3 "SMARTPHONE" UNTUK PEMENANG CABUTAN BERTUAH SEMPENA AGM KE-51

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2016 - Koperasi Tentera telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada tiga (3) orang pemenang Cabutan Bertuah sempena Kempen Promosi Pembiayaan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-51 yang lalu. Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Wisma Koperasi Tentera.

YBhg Mej Jen Dato' Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi Koperasi Tentera (KT) telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang diiringi oleh Encik Mustapha bin A.Jalil, Setiausaha Kehormat KT dan YBhg Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Encik Ng Hang Meng, Ketua Pegawai Operasi KT, Tuan Hj Mansor bin Abu Bakar, Ketua Perbankan Pelanggan KT serta Encik Sabari bin Mat Yasin, Ketua Operasi Cawangan merangkap Ketua Jawatankuasa Promosi dan Tugas Khas AGM yang ke-51.

Tiga (3) anggota KT yang telah memenangi hadiah cabutan bertuah tersebut ialah PW II Mohd Sakawi bin Baharuddin dari Markas 48 Cawangan Siasatan Jenayah Kor Polis Tentera DiRaja Kementerian Pertahanan, Kpl Abdul Halim bin Omar dari Pejabat Gaji Rej 502 Askar Wataniah Kem Sungai Buloh dan Kpl Aladdin bin Ampating dari 73 Rej Semboyan DiRaja Kem Paya Jaras. Para pemenang telah menerima sebuah "smartphone" Samsung A3 setiap seorang.












 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.