: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
KOPERASI TENTERA MELONJAK DI TEMPAT KETIGA DALAM 100 PROFIL KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2016

Kuala Lumpur, 22 Februari 2017 Koperasi Tentera (KT) telah diiktiraf sebagai Koperasi Ketiga (3) Terbaik Malaysia dalam 100 Profil Koperasi Terbaik Malaysia 2016, melonjak naik satu anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu di tempat keempat dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2015.

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh YBhg Dato' Haji Abdullah bin Haji Mahmood, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan kepada YBhg Mej. Jen. Dato' Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT bertempat di Kuala Lumpur International Hotel, Lorong Haji Husein 2, Off Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Encik Mustapha bin A. Jalil, Setiausaha Kehormat KT.

Sesungguhnya, peningkatan yang membanggakan ini telah memberikan satu pengesahan (validation) akan keupayaan KT sebagai antara Koperasi Kredit terbaik di negara ini.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.