: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
06 JULAI 201


Arkib Berita
 
KOPERASI TENTERA RASMI CAWANGAN BAHARU DI PORT DICKSON
Lokasi cawangan baharu strategik dan dilengkapi fasiliti yang lebih selesa

Port Dickson, 4 Julai 2018 - Koperasi Tentera (KT) hari ini telah merasmikan cawangan Koperasi Tentera yang baharu di Port Dickson. Premis ini telah mula beroperasi pada 8 Januari 2018 dan dilengkapi dengan ruangan kaunter pembiayaan serta simpanan yang lebih selesa untuk kemudahan anggota.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT diiringi oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta YBhg. Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj. Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT.

Pada majlis itu, Pengerusi KT berkata bahawa keputusan untuk berpindah ke premis baharu ini selari dengan usaha KT untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan dan memperluaskan rangkuman kewangannya kepada anggota di Port Dickson. Cawangan KT ini akan dapat memberikan perkhidmatan kepada lebih 6000 anggota di sekitar Port Dickson dan Negeri Sembilan. Disamping itu, beliau yakin dengan pembukaan cawangan ini anggota di sekitar kawasan ini boleh berurusan dengan lebih efisien dan selesa.

KT turut menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu KT (Pajak Gadai Islam) di cawangan ini yang terbuka kepada orang ramai. Perkhidmatan Ar-Rahnu KT merupakan inisiatif KT untuk menyediakan saluran pinjaman tunai berlandaskan Syariah kepada para pelanggannya. Ar-Rahnu KT menawarkan pinjaman sehingga 70 peratus dari nilai emas, upah simpan serendah 55 sen dan perkhidmatan cucian emas percuma.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan pemberian sumbangan kepada 5 buah masjid/surau yang berdekatan sekitar Port Dickson iaitu Masjid Jamek, Masjid Depoh Askar Melayu PUSASDA, Masjid Kariah Kem Segenting, Surau Al Hidayah Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Kem Si Rusa dan Surau Al Falah Rkat Ilmi.









 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.