: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA & ZAKAT KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2015 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 kepada ATM bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan di mana sumbangan dari sektor korporat awam dan swasta akan diagihkan kepada pegawai- pegawai dan anggota- anggota ATM yang sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara serta yang bertugas pada hari raya.

Koperasi Tentera (KT) turut memberi sumbangan Hari Raya Aidifitri kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera yang telah disampaikan oleh Pengerusi KT, YBhg Mej Jen Dato' Zulkiflee bin Mazlan (B), dan pembayaran Zakat kepada Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (B) dengan jumlah masing-masing RM100,000 dan RM350,000.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri YAB Perdana Menteri merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), YABhg Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri; dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr) Zulkifeli bin Mohd Zin.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.