: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
MAJLIS PENYERAHAN CEK PAMPASAN STBATM - MENDIANG MEJ. KAYAMBOO A/L CHELLAM TUDM

Bayan Lepas, 18 April 2017 - Koperasi Tentera (KT) telah menyampaikan cek pampasan Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM) kepada keluarga mendiang Mej. Kayamboo A/L Chellam TUDM di Taman Sri Nibong, Bayan Lepas. Cek pampasan tersebut telah disampaikan oleh YBhg Mej. Jen. Dato' Zulkiflee Bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT dan YBhg Mej. Jen. Dato' Ahmad Tarmizi bin Elias, Anggota Lembaga Koperasi kepada waris-waris mendiang iaitu Puan Indira Devi A/P Muniandy (ibu) dan Puan Usha A/P S. Suppiah (isteri) berjumlah RM274,000.00. Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg Mej. Jen. Dato' Hj. Mohd Faudzi bin Hj. Ahmad TUDM, Panglima Mawilud 1, Markas Tentera Udara; wakil-wakil Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang; pengurusan dan staf KT.

Mendiang Mej. Kayamboo telah terkorban dalam nahas kapal terbang di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 21 Disember 2016 yang lalu. Diharapkan dengan penyampaian cek pampasan ini dapat meringankan beban dan sedikit sebanyak membantu keluarga mendiang membiayai keperluan harian mereka.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.