: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
KOPERASI TENTERA SERAHKAN CEK SUMBANGAN 2 MESIN DIALISIS KEPADA JHEV ATM

Kuala Lumpur, 24 Mei 2017 Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Mesin Dialisis kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Wisma Koperasi Tentera.

Cek sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg Mej. Jen. Dato' Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT kepada YBhg Mej. Jen. Dato' Mohamad Khir Bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM. Turut sama mengiringi YBhg Mej. Jen. Dato' Zulkiflee menyampaikan cek sumbangan tersebut adalah YBhg Brig. Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj. Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT dan YBhg Mej. Jen. Dato' Ahmad Tarmizi (Bersara), Anggota Lembaga Koperasi.

Sumbangan berjumlah RM84,800.00 ini akan digunakan oleh pihak JHEV ATM untuk membeli dua (2) mesin dialisis yang akan ditempatkan di Pusat Dialisis JHEV ATM baharu di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor yang dijangka akan memulakan operasi pada September 2017. Semoga melalui sumbangan ini akan dapat membantu para pesakit renal terutamanya veteran-veteran ATM di sekitar kawasan Rawang mendapatkan rawatan.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.