: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
06 JULAI 201


Arkib Berita
 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI TENTERA KE-53

Kuala Lumpur, 15 Julai 2018 - Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi Tentera ke-53 di Dewan PERHEBAT Kem Sg Buloh, Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia diringi Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua KT. Turut mengiringi beliau adalah Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri Zulkiple Bin Haji Kassim, Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua; Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut merangkap Naib Yang Dipertua; Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Bin Haji Abdul Samad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara mewakili Panglima Tentera Udara dan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Deris bin Jusoh Timbalan Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah YBhg Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT; YBhg Brigadier Jeneral Dato’ Ahmad Zahudi Bin Haji Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT; tetamu-tetamu kehormat, rakan-rakan media, dan anggota KT. Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-53 ini juga, KT telah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada Anggota Terlama, Anugerah Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) kepada anak-anak anggota KT yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3 serta Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan berupa sebuah kerusi roda. KT turut menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM450,000.00 kepada Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM.









 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.