: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
06 JULAI 201


Arkib Berita
 
ANGGOTA TUDM MENANG MOTOSIKAL HONDA WAVE ALPHA SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KT KE-53

31 Julai 2018 -Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan satu sesi penyerahan hadiah utama cabutan bertuah bersempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke-53 di Wisma KT.

Hadiah utama berupa sebuah motosikal jenis Honda Wave Alpha telah diserahkan oleh Setiausaha Kehormat KT, En Mustapha Bin A Jalil kepada Koperal Udara Muhammad Dzul Fahmi Bin Jaafar. Pemenang hadiah cabutan bertuah ini merupakan anggota tentera udara yang bertugas di Pejabat Rekod dan Dokumentasi, Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara.

Beliau yang telah menjadi anggota koperasi selama lebih 10 tahun berasa amat gembira dan terharu kerana memenangi hadiah utama cabutan bertuah walaupun baru pertama kali menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KT pada tahun ini.









 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.