: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
KOPERASI TENTERA MELEBARKAN SAYAP KE TAWAU

Tawau, 3 Februari 2018 - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) telah merasmikan pembukaan cawangan terbaharunya di Tawau, Sabah. Cawangan yang kedua puluh empat (24) ini telah mula beroperasi pada 30 Oktober 2017 secara langsung membuka peluang perniagaan KT di Tawau dan daerah berdekatan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Mej. Jen. Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT diiringi oleh YBhg. Brig. Jen. Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj. Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT serta Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

Di samping itu, KT turut menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu KT (Pajak Gadai Islam) di cawangan ini yang terbuka kepada orang ramai. Perkhidmatan Ar-Rahnu KT merupakan inisiatif KT untuk menyediakan saluran pinjaman tunai berlandaskan Syariah kepada para pelanggannya. Ar-Rahnu KT menawarkan pinjaman sehingga 70 peratus dari nilai emas, upah simpan serendah 55 sen dan perkhidmatan cucian emas percuma.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan pemberian sumbangan kepada 4 buah masjid/surau yang berdekatan sekitar Tawau iaitu Masjid Nurusadah Kem Kabota (7 RAMD), Masjid Surau Nurrohman Kem 516 Askar Wataniah, Surau Al-Husna ATB 2 (MATB 2 & 26 RAMD) dan Surau KD Sri Tawau.

KT berharap dengan pembukaan cawangan terbaharu KT di Tawau, anggota-anggota KT yang berada di sekitar daerah Tawau, Sampoerna dan Lahad Datu boleh menjalankan urusan dengan KT dengan lebih mudah selain menjimatkan masa perjalanan berbanding sebelum ini.









 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.