: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
Majlis Penyerahan Zakat Koperasi Tentera 2015

Kuala Lumpur, 2 November 2015 - Majlis Penyerahan Zakat Koperasi Tentera 2015 telah diadakan bertempat di Dewan Latihan, Tingkat 6, Wisma Koperasi Tentera. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan Zakat Perniagaan Koperasi Tentera (KT) kepada Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Mej. Jen. Dato' Wira Haji Mohd Noor Bin Haji Daud, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Mej. Jen. Dato' Zulkiflee Bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT, Datin Zahara Binti Ali, Anggota Lembaga KT, YBhg Brig. Jen. Dato' Ahmad Zahudi Bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT, wakil-wakil Yayasan Veteran ATM dan pengurusan KT yang lain.

Pada tahun ini, pihak KT turut menyenaraikan Yayasan Veteran ATM sebagai penerima zakat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Penyenaraian ini dibuat bagi membantu veteran-veteran ATM yang kurang mampu atau dari golongan asnaf selain turut menyampaikan zakat kepada Majlis Zakat Negeri dan badan-badan kebajikan yang lain. KT telah menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM214,267.00 kepada Yayasan Veteran ATM. Diharapkan dengan penyampaian zakat ini dapat meringankan beban dan sedikit sebanyak membantu warga veteran ATM membiayai keperluan dan aktiviti-aktiviti harian yang telah dirancang.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.