: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Arkib Berita
 
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT ASNAF KOPERASI TENTERA 2014

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2015 - Koperasi Tentera (KT) telah menyalurkan bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM1.01 juta kepada Pusat Zakat, Majlis Agama, Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia serta agihan terus kepada badan kebajikan yang layak untuk Tahun Kewangan 2013. Manakala bagi agihan terus, KT telah mengambil inisiatif menyumbangkan terus kepada 20 badan kebajikan dan sekolah agama di seluruh negara dengan jumlah RM100,000.

Justeru, bagi penyerahan zakat secara terus, KT telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Asnaf Koperasi Tentera 2014 bertempat di Dewan Latihan, Tingkat 6, Wisma Koperasi Tentera pada 30 Januari 2015 (Jumaat), jam 3:30 petang.

Majlis serahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera kepada lima (5) badan pertubuhan kebajikan dan sekolah agama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antaranya adalah:-

  1. Sekolah Tahfiz & Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM), Kem Perdana Sungai Besi
  2. Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang, Pandan Jaya
  3. Maahad Tahfiz Akademi Idro Al Quran, Kajang
  4. Sekolah Agama Rakyat Darul Muhajirin, Batu Caves
  5. Maahad al-Mustoffa, Batang Kali

Turut hadir pada majlis tersebut adalah para Anggota Lembaga KT, Pengurusan KT serta wakil media.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.