: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Mesej Pengerusi
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Koperasi Tentera./p>

Bagi pihak Lembaga Koperasi, saya dengan sukacitanya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pertahanan merangkap Penaung Koperasi Tentera di atas sokongan beliau kepada Koperasi. Penghargaan yang sama saya panjangkan kepada Yang Dipertua dan Naib-Naib Yang Dipertua di atas dorongan dan nasihat kepada Koperasi Tentera untuk bergerak maju sehingga di tahap sekarang. Tidak dilupakan juga pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas sokongan, panduan, bimbingan dan kerjasama yang tidak ternilai diberikan kepada kami.

Saya berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk memberikan kata-kata aluan dan menyampaikan mesej di laman sesawang ini. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan di atas segala usaha gigih yang telah diberikan dalam memastikan segala laman sesawang ini 'up and running' dengan baik. Dengan adanya laman sesawang ini, saya percaya bahawa Koperasi Tentera dapat berinteraksi secara lebih dekat dengan setiap lapisan masyarakat khasnya bersama anggota dalam menyampaikan maklumat-maklumat dan informasi-informasi terkini mengenai Koperasi Tentera.

Segalanya kini berada hanya di hujung jari anda. Anda boleh mengakses laman sesawang kami pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ini adalah bukti ketelusan kami yang sentiasa komited untuk terus mempertingkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan para anggota KT. Kekuatan sebenar kami terletak di atas sokongan anggotanya. Justeru, kami amat berterima kasih kepada semua anggota KT yang terus bersama kami sehingga ke hari ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil peluang ini untuk sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penaung, Yang Dipertua, Naib-Naib Dipertua dan SKM yang sentiasa memberikan kerjasama, bimbingan dan sokongan kepada KT. Sekalung penghargaan juga buat semua anggota dan staf Koperasi Tentera yang telah memberikan kerjasama, sumbangan dan buah fikiran kepada kejayaan Koperasi Tentera sehingga ke hari ini. Koperasi Tentera ini adalah milik kita bersama, jadi marilah sama-sama kita membangunkannya.

Sekian,

MEJ JEN DATO' ZULKIFLEE BIN MAZLAN (BERSARA)
Pengerusi
Koperasi Tentera

Klik di sini untuk Laporan Lembaga 2016.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.